Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan penurunan selepas 15 kes baharu direkodkan pada Selasa, berbanding 21 kes pada hari sebelumnya.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini adalah sebanyak 8,815 kes.
